Remaja berusia 12 hingga 17 tahun di New York yang telah mengambil suntikan vaksin COVID-19 berpeluang memenangi biasiswa penuh kemasukan ke universiti dan kolej.<br /><br />Gabenor New York, Andrew Cuomo berkata, pihaknya akan mengumpulkan 50 biasiswa merangkumi empat tahun pengajian, bilik dan dewan serta buku dan bekalan.